
Suami isteri yang baru melayari bahtera rumahtangga mungkin saja kurang
berpuas hati dengan persembahan pasangan mereka sehingga mereka berfikir
bahawa pasangan mereka perlu dididik dengan suntikan filem lucah bagi
meningkatkan prestasi mereka semasa beraksi.Namun, adakah ia dibenarkan
dalam islam? Perlukah memberi pasangan anda menonton filem porno dengan
alasan untuk dijadikan panduan agar prestasi meningkat?
Soalan:
Saya nak bertanya, boleh tak mengajak
isteri menonton filem lucah untuk tujuan mempelajari tentang cara-cara
melakukan hubungan seks. Ini kerana isteri saya tak begitu pandai untuk
melakukannya dan ia untuk merangsang nafsunya dahulu sebelum melakukan
hubungan kelamin.
Jawapan:
Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana:
1. Islam mengharamkan melihat aurat
orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda: “Janganlah
seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita
melihat aurat wanita yang lain”. Sudah tentu apabila melihat filem
tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang
tidak diizinkan oleh Islam pula.
2. Islam juga tidak berapa
menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga
sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh
Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. (Hadith
ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja
berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah
tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah
lebih lagi ditegah oleh Islam.
3. Terdapat cara lain untuk
mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang
melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
4. Filem-filem ini sudah tentu
dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan
seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah
melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik
yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.
Sebagai contoh, Islam tidak
menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel
sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-
إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرينErtinya: “Apa seorang kamu ‘bersama’ isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)” (Riwayat Ibnu Majah 1/619 no 1921)
Demikian juga displin dan adab-adab
lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari
duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua
sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat
dipelajari dari filem lucah itu. (Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)
5. Dibimbangi si suami atau isteri
akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka
ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.
6. Nabi melarang menceritakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.
Nabi SAW bersabda:
لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليهاErtinya: Janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya. ( Riwayat Al-Bukhari )
Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah sama ada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan