Ahad, 31 Mac 2013

Suami Disisi Isteri Saat Bersalin

                                         


Amalan yang perlu dilakukan suami ketika berada disisi ketika isteri saat bersalin


  • Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan  beratnya kesakitan
  • Sentiasa berada disamping isterinya  agar beban kesakitan  dapat dikurangkan.
  •  Beri motivasi pada isteri supaya bersabar dan tenang
  • Ketika menunggu dalam bilik bersalin, jangan biar isteri berbaring. Duduk. Ajak isteri berjalan-jalan  dalam bilik bersalin dan ini akan mengurangkan sakit. Tanya isteri sekiranya beliau tidak larat berjalan  dan ajak duduk. 
  • Berborak-borak sambil ketawa dengan isteri bagi mengalihkan tumpuan dari sakit tadi.
  • Semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, ingatkan dan ajar isteri  bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. (bila dah sakit, isteri boleh lupa dan saat inilah suami diperlukan)
  •  Mengingatkan isteri menyebut ‘Allah’ ketika sakit
  •  Mengingatkan isteri membaca Surah Maryam
  • Usap kepala isteri, belailah isteri dan cium dahi isteri. ucapkan kata-kata sayang dan cinta pada isteri.
  • Bantu isteri sepanjang proses pelahiran dan kelahiran dan jangan putus asa.
  • Beristighfar dan berselawat ketika usap kepala isteri
  • Suami membanyakkan bacaan Surah Al-Insyiqa' dan Surah Al-Hasyr.
  • Mengingatkan isteri agar tidak mengangkat punggung sewaktu meneran bayi untuk keluar. Ini adalah untuk mengelakkan luka faraj bertambah panjang, luka juga sukar di jahit dan akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.
  • Bantu isteri dengan pegang leher isteri dan tekan lutut isteri bagi menghalang isteri mengangkat punggung.
  • Mengingatkan isteri supaya tarik nafas dalam-dalam  dan jangan putus nafas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan