Isnin, 25 Mac 2013

Wang Hantaran Perkahwinan






 Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat pagi kepada semua pembaca.Pagi-pagi Mat buka
facebook dan terbaca beberapa post yang hampir sama maknanya iaitu tentang Wang Hantaran Perkahwinan. Sejak akhir-akhir ni kos sara hidup melambung tinggi, jadi tidak menjadi suatu kepelikkan jika wang hantaran perkahwinan juga melambung tinggi.


Wow!! Apa yg memeranjatkan Mat ialah harga yang ditetapkan adalah berdasarkan taraf pendidikan. Hmmm susahlah macamnihkan?? Kalau nk wang hantaran yg rendah kenalah kahwin dengan orang mempunyai taraf pendidikan yang rendah.


Agak-agaknya inilah salah satu punca kenapa lelaki sekarang semakin ramai membujang. Ianya mungkin juga membawa kepada maksiat dalam negara kerana lelaki dan wanita tidak mampu berkahwin disebabkan hantaran yang diminta terlalu tinggi. Tapi bukankah perkahwinan yang paling kurang belajannya itu yang paling berkat??

“Berikanlah mahar kepada wanita-wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian yang penuh kerelaan” (QS: 4:4)

Tapi kalau maharnya terlampau tinggi macam mana nk relakan yerr dak?? Tetapi kalau isterinya solehah dan pandai menjaga suami, kuat agama, pandai memasak kira ok lah jugak dengan wang hantaran, tetapi ramai wanita kini kurang mengambil persediaan dalam membina rumah tangga.

Berikut adalah ciri-ciri wanita hantaran rm20,000:
1. Hafal 30 juzuk Al Quran.
2. Dapat dan tahu mengenai Hadis Sahih.
3. Menjadikan sunnah Rasulullah sebagai amalan harian.
4. Boleh memasak makanan sedap.
5. Dijamin mendapat zuriat yang baik.
6. Dijamin menjadi isteri solehah.
7. Dijamin dapat mendidik anak menjadi anak yang taat pada agama.
8. Sentiasa takwa kepada perintah Allah Taala.
9. Diri bersih dari penyakit.

Akhir kata dari saya ingat pesan hadis nih

“Ciri2 wanita yg mendapat kurnia ialah yg mudah dipinang, mudah (murah) maharnya, dan subur rahimnya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan