Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Sebentar tadi Mat ada singgah kat artikel Kisah Nabi Ibrahim: Antara Burung dan Cicak. Pada ruangan komen Mat terbaca komen daripada Siti Aisyah mengenai hukum membunuh cicak. Cantik namanya seperti nama Isteri Rasulullah S.A.W, semoga tuannya semulia Siti Aisyah R.A. Terima kasih juga kepada beliau kerana sudi bertanya mengenai tentang itu.
Hukum membunuh cicak adalah Sunat seperti mana dalam hadis.
Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan ditulis baginya 100 kebajikan, dan membunuhnya dengan dua kali pukulan ditulis baginya kebajikan kurang dari yang pertama, dan membunuhnya dengan tiga kali pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua.” Riwayat Muslim.


Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w menceritakan kepada isteri-isteri baginda apa yang telah cicak lakukan. Malahan semasa kafir Quraisy mencari Rasulullah s.a.w sewaktu Rasulullah s.a.w berada di gua Hira’ dan labah-labah membantu Rasulullah s.a.w dengan membuat sarang di mulut gua supaya kafir Quraisy ingatkan tiada orang di dalam gua berkenaan, akan tetapi cicak telah membuat bunyi untuk menunjukkan bahawasanya di dalam gua tersebut supaya menunjukkan ada orang di dalamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan