
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Ustaz.
Alhamdulillah kesihatan sedikit baik hari ini dapat lah ustaz berkongsi rasa berkongsi tips dan pendapat bersama kalian semua
Dalam perhubungan dua hati ramai yang menuding jari mengatakan wanita paling kuat cemburu dalam perhubungan kasih. Namun, andainya ia adalah cemburu buta perlulah dielakkan agar ia tidak memudaratkan perhubungan. Cemburu buta boleh merosak hubungan sesama pasangan dan insan sekeliling kita. Namun, tidak kita perasan bahawa lelaki juga memndam perasaan dan merasa cemburu.
Apa yang ditakuti apabila lelaki memendam rasa cemburu dalam dalam diam akan terbakar sendiri dan akhirnya merosakkan perhubungan. Banyak kes bunuh dan dera berpunca dari sifat cemburu. Apa pun bagi lelaki mahupun wanita, pandai-pandailah menjaga hati pasangan jangan sampai mereka terpaksa memendam perasaan akibat tidak selesa dengan sifat ramah mesra kamu bersama kawan berlainan jantina.
Bagi dilanda cemburu, pandai-pandailah mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang berlaku. Wallahua’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan