Selasa, 26 Mac 2013

Haid, Tahukan korang?








 ***
Bercerita bab Haid, bagi yang tak tahu, Haid adalah darah yang keluar dari kemaluan orang perempuan sebab mereka tak mengandung.., jika lepas kahwin dan lepas bersetubuh dengan Laki dan kemudian Haid
tak keluar itu namanya “Bunting pelamin”, dan jika tak kahwin dan lepas berzina  dengan Pakwe dan kemudian Haid tak keluar itu namanya “Bunting anak haram”, dan itu cerita lain.

Haid ni ada 7 warna:- hitam, merah, koko@coklat, kelabu, kuning, perang, dan color tanah, lepas tu jika ada ala-ala jeli yang berwarna perang atau kekuning kuningan, pun masih lagi haid..

Senang cerita, Haid ni bermula dengan warna gelap, lepas tu merah, kemudian merah kekuningan kemudian kuning dan second last kelabu, dan last warna putih atau jernih, jika masih was-was boleh chek guna kapas, tengok warna haid tu, jika warna macam yang aku sebut di atas, dalam tempoh 15 hari, semua di kira haid, tapi jika check dengan kapas dan jumpa cecair yang warna putih, atau keputih-putihan, itu dikira keputihan dan bolehlah mandi wajib, waktu mandi wajib jika keluar cecair warna kuing ke emasan dan waktu keluar korang rasa nak kencing, maka itu adalah air kencing. Adohai..
Waktu haid, korang dah tak wajib bersolat, tak boleh tawaf di kaabah, tak boleh pegang Al quran, tak boleh iktikaf dalam masjid, tak wajib berpuasa, diharamkan bersetubuh, dan lain lain larangan, sila rujuk ustaz..
Haid ni paling lama 15 hari dan paling sikit sehari semalam,  selain darah Haid, ada jugak darah lain keluar dari kemaluan orang perempuan iaitu Darah Nifas dan Darah Istihadhah, sila rujuk ustazah Nor Bayah.


****
Bercerita bab Haid, aku rasa ramai perempuan sangka, puasa sahaja yang kena ganti waktu Haid, sedang solat tak payah..

Ewah ewah ewah, ringannya mulut.., Sebenarnya, solat ada jugak kena ganti lepas Haid habis, sebagai contoh, jika korang mandi waktu asar sebab suci waktu tu, korang wajib solat asar dan qadha zohor, kalau korang suci dan mandi waktu isyak, korang wajib solat isyak dan kena qada solat maghrib..., atau nak lagi faham, korang kena qadha solat yang boleh dijama’kan, jadi subuh tak payahlah nak qadha jika suci waktu zohor.. atau jika korang mandi waktu maghrib, asar tak payahlah qadar, Cuma jika korang suci waktu asar tapi terbabas mandi waktu margrib, kenalah qada solat asar dan zohor.., faham?

Nak lagi faham, sila rujuk kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Ghazali.

Aku ambik satu case study.

Jika korang sedang Haid dan lihat darah berhenti waktu dah nak masuk Maghrib, yang mana sempat pulak korang solat asar walaupun baru satu rakaat, maka wajib bagi korang qadha solat zohor dan asar.
Eh? Kenapa perlu di Qadha solat Asar dan Zohor? Qadha solat asar sudahlah..

Ini namanya ‘Ihtiyat’ , iaitu mengambil jalan hati hati yang mana mungkin akibat kecuaian korang menyemak kemaluan, boleh jadi haid korang sudah kering dalam waktu Zohor lagi, so gantilah solat zohor jugak.., sama jugak isu magrib dan isyak, aku rasa korang boleh selesaikan sendiri case study masing masing.



****
Tahukah korang, pada zaman dahulu, orang-orang Yahudi dan Arab Jahiliyah menganggap wanita haid adalah najis, oleh sebab itu mereka tak nak bergaul dengan bini yang datang haid, tak nak tidur sekatil, tak nak makan sekali, sentuh pun tak nak, serumah pun tak nak!

Tapi dalam islam, bab bini datang bulan atau Haid. Nabi ada bersabda, "Segala sesuatu boleh kamu perbuat dengan binimu yang sedang haid kecuali bersetubuh”

Di tempat lain, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya, sesungguhnya dia telah kufur”

(Riwayat Tarmuzi)



 ****
Tahukah korang, binatang tak keluar darah Haid macam manusia, mana ada kucing pakai kotex bila tak berzina, walaupun mereka mamalia, pelik bukan? Itulah kuasa Allah..., manusia bila telur (ovum) tidak di senyawakan oleh Sperma (air mani lelaki) maka telur akan di keluarkan bersama darah haid, tapi binatang, bila mereka tak berlaga lubang-kencing, telur mereka akan di serap balik dalam badan, atau dalam istilah sainsnya: “estrous cycles reabsorb endometrium” tah apa aku pun tak paham?, betulkan balik jika aku silap,
Tapi dalam-dalam banyak binatang, ada jugak yang keluar Haid.
Iaitu kura-kura.

heheheheh. . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan